Berkaitan Dengan Diri
Berkaitan Dengan Diri
Nama saya Chia Xin Xuan. Saya berumur empat belas tahun dan berasal dari Puchong, Malaysia. Saya seorang pelajar yang suka bersukan dan juga gemar fotografi. Bagi saya, sukan dapat membantu saya mengekalkan kesihatan dan semangat, manakala fotografi pula membolehkan saya merakam detik-detik indah dalam kehidupan. Selain itu, saya juga suka berkawan dengan ramai orang kerana saya percaya kawan dapat membawa kegembiraan serta saling memberi sokongan. Saya berharap pada masa hadapan, saya dapat terus meningkatkan diri dan berkenalan dengan lebih ramai rakan yang sehaluan.